Jumaat, 27 April 2012

ubat mujarab kurangkan lemak badan

assalamualaikum.. entry ini saje saje je buat..
mood nak change habit yang buruk kepada yang lebih healthy...
nak kurang kan lemak woo..
lately ni dapat hidayah..
nak kurangkan berat badan.. 
bukan untuk cantik langsing semata
tapi nak jadi sihat dan cantik sampai ke tua..
bila duk uia.. petang2 g jogging.. nampak la mamat2 ensem g jogging 
then i told my friend... nnt aku nak laki aku active sport.. n amalkan gaya hidup sihat..
tapi aku ni suka cakap orang la.. teruk betul...
diri sendiri xnak plak aku g tengok kat cermin..
eh srius la..
kalau xubah gaya hidup ni..
mati la.. cepat penat.. xbertenaga..muka berjerawat..lack of confidence..
aku xnak macam tu sampai ke tua... ni zaman modern where people berebut2 nak jadi org yang sihat..
and 1 more thing yang inspired me..
bila slalu baca.. MALAYSIA ANTARA NEGARA TERTINGGI MEMILIKI PENDUDUK OBESE.. hahahaha.. gilo la.. and lagi satu... bila aku amalkan gaya hidup sihat.. kurus.. secara xlangsung.. tarik minat kawan2 n yang penting.. family untuk lebih ke arah gaya hidup sihat..
haaa.. xgitu ke?
n lastly..* ade orang nak blanje baju kebaya PINK*kaler peberet makcik* kalau kurus..wawawawawawa
oklah... xnak bebel panjang.. ni entry untuk info sihat harini
1) Air meningkatkan kekuatan dan performa anda ketika di gym.
Seperti yang anda tahu, dalam menjalani sesi latihan bebanan dan kardiovaskular, tenaga dan kekuatan anda perlu berada ditahap yang terbaik. Kajian menunjukkan sekiranya anda mengalami sedikit dehidrasi boleh mengurangkan kekuatan fizikal anda dengan ketara. Malah dengan hanya pengurangan 3-4% air didalam badan anda boleh menyebabkan 10-20% pengecutan otot-otot didalam badan.
2)Air membantu mengelakkan kecederaan.
Latihan bebanan dan kardiovaskular berintensiti tinggi boleh mewujudkan stress dibahagian sendi anda. Air boleh mengatasi masalah ini dengan memberikan kelinciran kepada sendi-sendi anda dan membina "cushion" perlindungan disekeliling sendi anda.
3) Air membantu penghadaman.
Makronutrient seperti protein, karbohidrat dan lemak memerlukan air untuk dipecahkan kepada komponen yang lebih kecil. Bagi memastikan badan anda benar-benar dapat menggunakan nutrient ini, anda perlu memastikan pengambilan air didalam badan sentiasa mencukupi. Namun perlu diingat pengambilan air yang banyak ketika waktu makan boleh menyebabkan perut kembung dan menjejaskan penghadaman. Minum air ketika perut anda tidak terlalu penuh.
4) Air meningkatkan pembakaran lemak.
Salah satu fungsi hati adalah untuk mengatur metabolisma lemak. Hati juga berperanan membantu ginjal anda dalam pembuangan bahan kumuhan didalam badan melalui urine. Apabila pengambilan air adalah sedikit, bahan kumuhan ini akan terkumpul didalam badan dan akan memaksa ginjal dan hati untuk bekerja lebih untuk membuang bahan kumuhan ini. Kekurangan air boleh menganggu hati anda untuk membakar lemak kerana hati perlu membantu ginjal untuk menbuang bahan kumuhan didalam badan. Hasilnya kadar pembakaran lemak anda akan berkurangan.
5) Peningkatan pengambilan air mengurangkan penyimpanan air berlebihan dalam badan.
Apabila pengambilan air adalah rendah, badan anda akan menyimpan lebih banyak air atas sebab 'survival'. Air yang disimpan biasanya akan disimpan diperut, peha, punggung, muka dan sebagainya lalu menyebabkan anda kelihatan lebih gemuk. Anda sebenarnya boleh kelihatan lebih ramping dalam beberapa hari sahaja hanya dengan meningkatkan pengambilan air kerana ia akan mengurangkan penyimpanan air berlebihan didalam badan.
Jadi berapa banyak airkah yang perlu diambil sehari?
Secara amnya, darab berat badan anda di dalam pound (Lb) dan gandakan dengan 1.6. Hasilnya ialah jumlah ounce(Oz) air yang perlu anda ambil sehari. (1kg = 2.2 lb, 1 Oz = 0.03 Liters)
Ia mungkin rasa terlalu banyak, namun apabila anda sudah biasa ia akan menjadi tabiat yang sihat. Beberapa hari pertama anda mungkin akan perlu ketandas dengan kerap kerana badan anda sedang membuang simpanan air berlebihan didalam badan. Selepas beberapa hari ia tidak lagi akan menjadi satu masalah.
Ingat jangan hanya minum apabila anda sudahpun berasa dahaga, kerana rasa dahaga adalah symptom dehidrasi yang sudahpun berlaku didalam badan!

Isnin, 16 April 2012

mengeluh je..haiyshhh

salam..
lama da xupdate blog..
macam2 benda da jadi..
rasa tertekan sangat da skarang...
banyak lagi kerja xsiap..

harini bukan free sangat tapi rasa nak update plak..
sepanjang xupdate ni...
macam2 cerita ada..
 kreta accident langgar beruk..
habis teruk bumper pecah..
menangis teruk gila..
seminggu trauma..
second story..
da kena tipu rm350..
sampai skrg xdapat lagi..
n malas nak pkir apa da..
 oomaigodd!! stresss!!

now kurang skit focus on my business disebabkan kejadian ditipu DC sndiri..
trauma smpai skrg xhilang lagi..
teruk betul!!

sepatutnya.. esok da berangkat ke SURABAYA.. for holiday..
tapi... xjadi..
lack of money(mysis)
and aku pulak kerje menimbun2 nak kena submit!
uwekk
nak muntah...

and lagi satu bad news..
bulan 5 should be berangkat ke SANDAKAN also for holiday..
tapi maybe aku xpegi sebab exam masa tu!

arghh tension la skrg ni..
xde yang best pon!
xde!

bye...

Ahad, 25 Mac 2012

kerjaya seorang peguam & hakim yang disalah erti



i got this article from 1 wordpress...

nama dia fuadsyazwan..

masa mula baca ni..

tertarik terus..

yep.. saya salah seorang yang xboleh lari dari diaju soalan sebegini..








Saya adalah seorang pelajar undang-undang di sebuah institut pengajian tinggi di Lembah Kelang. Sebagai seorang yang bakal menceburi bidang guaman, saya sering diserang dengan soalan dan tuduhan yang bukan-bukan. Antaranya:


“Peguam adalah kerja yang hina kerana sanggup membela pesalah.”


“Apa hukum hakim buat keputusan yang salah?”


Dalam menjawab soalan sebegini, saya suka menggunakan hujah akal kerana saya tidak berapa mahir dalam dalil naqli.


Jadi, dalam perkara pertama, peguam sering difitnah sebagai golongan yang hina kerana membela pesalah. Benarkah begitu?


Kita lihat satu situasi. A dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh membunuh seorang wanita dengan kejam. Seluruh masyarakat menghukum A sebagai pembunuh selepas melihat muka A di muka hadapan akhbar. Walaupun mahkamah belum bersidang, tapi hukuman telah dijatuhkan oleh masyarakat. Kemudian disiarkan pula wajah peguam bela bagi A. Maka peguam ini juga dituduh sebagai seorang yang tak berhati perut kerana membela pembunuh.


Persoalan sekarang, atas justifikasi apa masyarakat menjatuhkan hukuman ke atas A?


Dalam situasi ini, peguam tersebut bertindak atas prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Salah kah prinsip ini? Adakah hanya kerana hanya seorang suspek maka dia lah yang sebenar bersalah? Mudah benar kita membuat andaian.


Peguam tersebut bersangka baik terhadap A kerana bersangka jahat itu salah. Maka oleh kerana mahkamah belum bersidang, tiada apa yang dapat menghalang peguam itu dari membantu membuktikan yang A tidak bersalah.


Andai kata ada seorang saksi, B yang melihat A membunuh. Maka adakah peguam itu harus tunduk saja kepada hujah B itu? Sudah tentu tidak. Oleh kerana tidak diketahui siapakah sebenarnya yang membunuh wanita itu, maka sudah tentu peguam itu akan menentang hujah B bermatian. Bagi peguam itu, boleh jadi B tersilap, dan boleh jadi juga B menerima rasuah.


Maka itu, peguam itu tetap membela A bagi membuktikan yang dia tidak bersalah. Kita tidak tahu samada A benar-benar bersalah atau tidak kerana prinsip yang diguna adalah seseorang itu tidak bersalah selagi tidak terbukti bersalah.


Maka, salah kah bagi peguam itu bersangka baik terhadap A? Sudah tentu tidak bukan? Jadi dengan prinsip itu dan amalan bersangka baik ini, peguam itu akan berusaha membela A bermatian kerana tiada yang mengetahui perkara sebenar kecuali A dan Allah. Jadi selagi mahkamah tidak menjatuhkan hukuman ke atas A, selagi itu peguam itu mesti membela A demi mengelakkan seorang yang tidak bersalah dianiyai.


Itu persoalan pertama.


Persoalan kedua, adakah hakim yang menjatuhkan hukuman yang salah itu berdosa?


Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda bahawa jika seseorang itu berijtihad dan ia betul, maka baginya 2 pahala. Jika sekiranya ia berijtihad dan ia salah, maka baginya 1 pahala.


Bagaimana kah seorang hakim itu membuat keputusan? Adakah secara membuta-tuli? Sudah tentu tidak! Hakim membuat keputusan berdasar kepada apa yang ada di hadapan nya. Jika perkara itu pada tafsirannya begitu, maka begitulah. Kalau hakim membebaskan suspek kerana tidak cukup bukti, maka salah kah hakim? Sudah tentu tidak kerana hakim tidak boleh membuat keputusan berdasarkan sentimen masyarakat. Selagi tidak dibuktikan bersalah, selagi itu lah orang itu tidak bersalah.


Jadi tiada kesalahan di atas bahu hakim sekiranya keputusan itu rupanya salah. Kerana dia membuat keputusan berdasar pada ijtihad selepas melihat segala bukti yang dikemukakan oleh kedua belah pihak. Dan orang luar tak patut mempertikai keputusan ini kerana sudah nyata tiada sebab orang itu perlu dihukum bersalah.


Hanya Allah dan suspek sahaja yang tahu apa yang sebenar berlaku. Bagi seorang hakim yang tiada keupayaan untuk berdialog secara langsung dengan Allah seperti nabi Musa, maka tidak patut kita menyalahkan hakim yang langsung tak buat salah.


Ingat, seseorang itu tak bersalah selagi tak dibuktikan bersalah.


Wallahua’lam.

Selasa, 20 Mac 2012

lunch time..

hai blog..
harini efa luch makan kek..
yummie..yummie..
efa sangat suka kek span mcm ni..
sangat sedap... 
xsetanding kek SECRET RECEPI..
xsedap..
hehehe
tapi..
cheese cake kat SAN FRANCISCO terbaik..
dan cup cake kat BISOU.. memang terbaik..
red velvet memang la feveret fa..
yummie..yummie..
extra cheese please..
hehe
sape la sudi nak bagi fa RED VELVET CAKE nanti..
yummie... sedapnyooo
makin gomokkkk la sayaaa..
hahahaha
red velvet memang berjaya menggodaku..hehe

my lunch... sedap..sedap
 

Copyright © 2011 Reserved to Cik Efa
Design by Cik Kumbang